Monday, April 22, 2013

CiNta Hati UmmI :}

Assalammualaikum semua..

hari ni 22 April 2013...adalah hari ulangtahun kelahiran encik suami yang ke 28...alhamdulillah...almost 10 years kami bersama...kenal hati budi ...melengkapi antara satu sama lain...cuma ulangtahun kali ni..kami x dpt bersama...kerana perlu melaksanakan tanggungjawab masing-masing....di tempat yang berlainan...walaupun x dpt nak celebrate sama2...malam tadi...tepat pukul 12.00 am...aku dapat juga call encik suami...berbual panjang..(macam setahun x borak punye)..hohoohohho....dan ummi sempat juga "wish" ucapan selamat hari lahir buat ayah di laman sosial facebook...(harap2 ayah kembang kempis bila baca post ummi )..: }



Buat ayah...

Insan yang penuh dengan cinta dan kasih sayang....

Ummi panjatkan rasa penuh kesyukuran pada Allah Al-Wahhab, kerana memberikan masa untuk ummi mengenali erti kasih sayang dari insan bernama suami dan syukur pada Tuhan, menghayati pengorbanan luar biasa yang mencetuskan keinsafan dan memberikan ummi waktu untuk mengecap cinta sedingin salju.

Buat suami tercinta, doaku kutujukan khusus buatmu. Tika sujud yang panjang, ummi memohon agar kehidupan ayah sentiasa dalam rahmat Tuhan. Semoga Allah panjangkan umur ayah, diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang penuh keberkatan.

Ummi doakan, biarlah hanya yang terbaik berlaku dalam kehidupan kita , dunia dan akhirat bersama kita gapai penuh kesyukuran. Harapan dan impian ummi, agar ummi mampu membuat ayah sentiasa tersenyum dan tertawa saat kita bersama meniti usia. Moga Allah berikan ummi  kekuatan untuk membekalkan ketenangan dihati ayah walaupun tika hidup kita di hempas gelombang.

Terima kasih Tuhan kerana Kau jadikan dia untukku....
Terima kasih ayah  kerana hadirmu begitu membahagiakanku....




Doa untuk ayah sempena ulangtahun kali ni...



pic lama :)

kami :)

~ Ya Allah, panjangkan lah umur suamiku, agar dapat kami bersama-sama mendidik Anugerah dari-Mu  dan meniti usia tua bersama. Ya Allah, berikanlah nikmat kesihatan yang baik untuknya agar dia dapat mencari rezeki buat kami sekeluarga & melindungi kami sekeluarga.. Ya Allah,Kekalkanlah HATInya hanya buatku hingga ke Jannah & lindungilah suamiku daripada segala tipu muslihat dunia ni. Amin ~

No comments:

Post a Comment