Thursday, August 2, 2012

JaHiL nYe AKu

Assalammualaikum semua..

Perubahan demi perubahan berlaku dalam hidup aku...banyak yang aku belajar sedikit demi sedikit sejak berkahwin...sejak menjadi isteri.....sejak menjadi ibu....sejak menjadi tenaga pengajar...sejak menjadi anak yang semakin meningkat usia...alhamdulilllah....ini saja yang mampu aku ucapkan sebab semakin hari hidup aku semakin indah.....tetapi mungkin aku leka dalam menjalani kehidupan...sehinggalah aku sedar...ada sesuatu dalam hidup aku...yang aku belum tunaikan....pada satu masa dulu...

rukun islam yang dituntut dalam islam

ya...ya allah....subhanallah....siapa aku? agama aku? ISLAM!!!! rukun islam ada 5....alhamdulillah...perkara (1) hingga (3)....aku sudah lakukan...dan akan aku teruskan sampai liang lahad...perkara (5)...tengah berusaha untuk melengkapkan amal ibadat di dunia sehingga aku bersedia....insyaallah...aku , encik suami dan si comel affan sudah mendaftar dengan Tabung Haji...wang simpanan pun sudah cukup...cuma...peluang sahaja yang kami tunggu....INSYAALLAH....mungkin tahun hadapan kami bercadang akan menunaikan umrah terlebih dahulu (jeles tgk kawan2 yang dah selamat ke sana).....doakan kami ye...:)

TETAPI...perkara ke (4)...telah membuatkan diri ini berasa amat berdosa...dan sangat JAHIL...dan baru sekarang rasa ini hilang sedikit demi sedikit...ya allah..terima kasih atas hidayahMU....Menunaikan zakat... perkara yang nampak mudah....nampak senang...tetapi kadang2 kita lupa...kerana inilah rukun islam yang terakhir....subhanallah...aku mengaku...yang dulunya aku alpa...alu lalai...aku leka...aku lupa...untuk menunaikan zakat...3 tahun (setelah bekerja dan mendapat gaji sendiri) aku hidup tanpa menunaikan zakat...yang sangat dituntut dalam islam...ya allah.. Kau ampuni la dosa aku...:(

siapa aku??
(tanya diri sendiri dulu sebelum tanya orang lain)
 Sehinggalah tahun ini ...tahun yang amat bermakna bg aku...2012..kerana telah memberi kesedaran kepada aku..tentang kewajipan ini....ya allah...Genap tarikh 11 Mei 2012 ...aku terpanggil ( sebenarnya arahan majikan) untuk mendengar Taklimat / Ceramah ringkas tentang kewajipan Zakat dalam Islam... .Alhamdulillah...selepas dari itu baru aku sedar...dan aku mula menunaikan zakat...walaupun x banyak...tapi nilainya cukup besar bagi aku...aku telah menghitung jumlah yang perlu aku bayar untuk 3 tahun sebelum ini dan cover untuk tahun-tahun yang akan datang ini....dan terima kasih juga pada encik suami kerana sentiasa mengingatkan aku....Semoga tanggungjawab ini aku pegang sampai hujung nyawa...amin..

sekadar nurkilan rasa ...untuk teladan semua...

"Jadikan kerja sebagai Ibadah...Mudah-mudahan setiap pergerakan kita dari mula berdoa keluar rumah hingga kita pulang dikira sebagai ibadah dan amal soleh, rezeki yang diterima penuh keberkatan dan sentiasa menghindar diri dengan bersifat culas dalam pekerjaan kerana konsep ihsan yang menjadi pegangan hidup kita..."

slip gaji aku untuk bulan jun (bulan pertama aku start bayar zakat)
Alhamdulillah...nampak x perkara (5) yang paling bawah dalam slip gaji aku....semoga aku menjadi lebih peka...banyak dosa yang aku lakukan dalam hidup ini ...tidak kira kecil atau besar...janganla rukun islam yang wajib ni aku lupa...subhanallah.. doakan aku dan keluarga selamat dunia dan akhirat sudah cukup buatku...terima kasih semua..:)



_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

2 comments:

  1. Salam Pejan,

    betul ke tuh senarai Rukun Islam mengikut turutan? Kalau tak silap, menunaikan zakat itu tuntutan selepas berpuasa di bulan Ramadhan, kan?

    wallahualam~

    Selamat beramal ibadat. Semoga dipertemukan dengan LailatulQadr. Ameen.

    ReplyDelete
  2. Haahla...x perasan pulak...careless betul...thanks ye tegur..nanti pejan edit....:-)

    ReplyDelete