Thursday, November 22, 2012

HappY BesDay AYaH :)

assalammualaikum semua...

tgh duk tgok2 published post terdahulu...aku ternampak entry yang dah lama terperam ni..(lama yang amat)...kenapa erk aku x published...rupe2 nye xde pic ...may be aku hold dulu sbb pic for this entry ada dlm phone nokia aku yang lama..(baru jumpa sebab selama ni ntah kemana2)...ish3...so cepat2 aku transfer pic masuk dalam lappy yang comel ni...

tanggal 22 april 2012 hari tu...encik suami aka ayah kepada affan telah menyambut hari lahirnya yang ke 27 tahun...kami sebaya ok...hehehehhee...kami x buat la majlis besar-besaran sbb 2 hari sebelumnya kami dah holiday ke Johor Bharu..tahun ni may be x sambut beria sbb dah bercuti sakan kat JB...hehehehhee...

hari tu jenuh aku mikir nak celebrate kat mana...at last...parent aku kata kat pizza hut udohle...ape lagi terus angkut che su bella ...pergi booking table..pastu plan ngn parent...dorg pergi beli kek dan standby dulu...kteorang yakni aku dan encik suami follow kemudian.. ...ehehhehee...encik suami mmg x budget aku akan wat suprise besday party ke atas beliau...mmg dah kebiasaan kami akan window shopping setiap kali weekends kat shopping mall berdekatan....kali ni aku pilih kuantan parade sbb dekat je dengan umah...

tapi kali ni berbeza la sedikit sebab  ada kejutan buat sang suami...hohohoohohoh...sampai2 je kat pizza hut restaurant...aku dah nampak all the family members ....tp aku x nampak pulak kek..risau jugak..tapi che su wat mengangguk bila nampak aku mcm cari sesuatu...dalam hati "ah..lantakla...dorg mesti dah buat ni"...

kami pun duduk ...makan dengan berselera sekali..aku je yang merenung juadah...hohohohoho...sebab sape nak pegang affan...buatnye budak ni wat skill huru hara dia..terbalik meja kat situ nanti..hehehehehe...aku masih lagi menanti...harap2 parent aku dah atur sesuatu yang aku dah plan ....biar encik suami tersentap gitu...hahahahahha...

tengah kusyuk masing2 makan...tiba2 balckout...fuuuuyyyyooooo...nasib x tercucuk lubang hidung ngn garpu..hahahahaa...semua pelanggan yang ado..terkejut...suasana yang bising tadi bertukar jadi sunyi sepi...hek eleh...biar betul dorang ni...x byr bil elektrik ke????? aku menggomel sendiri....padan muka aku...sape suh ckp banyak...dalam gelap tu tiba2 muncul cahaya lilin dan juga sebiji kek di hadapan kami satu kuarga...semua staff pizza hut termasuk chef yang kat dalam dapur tu keluar...

dorang beratur ramai2 mengahadap kami sekeluarga....dalam sekelip mata..irama lagi "Happy besday To you" dialunkan memenuhi  ruang legar restoran...hohohohoho...giler kentang laki aku...sentap agaknye...terkedu...malu mungkin...aku perhati dari jauh je...staff kat situ pun sama menyanyi...family aku pun dengan sportingnya pun join la...and habis je lagu...lampu pun ado...semua orang bertepuk tangan..meraikan ulangtahun kelahiran encik suami aku yang tersayang....:)

yes!!!! kejutan aku menjadi...sampai habis semua juadah pun encik suami x bercakap...aku nampak air muka encik suami mcm terharu je...hahahaha...tapi kali ni aku x dpt la nak bagi ape2 present buat encik suami..hanya kasih sayang yang abadi ku serahkan...hewhewhewh...

layan gambar je la ye...:)

besday kek ;)
besday boy!!!

meh, kita potong kek..

muka yang masih tersentap!!!

khas buat encik suami aka ayah...
kami berdua sayang ayah sgt2..
muah :)
Doaku buatmu :

Ya ALLAH…
Ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Berikanlah aku kekuatan mental
Kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kuatkanlah semangatku menempuhi segala perintah Mu
Berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya ALLAH…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arasy
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Surga Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawadlu’ akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala sikap dan keinginannya


Tetapi

Ya ALLAH…
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk mengharungi segala kehendak Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk membetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku mencintai kesesatan
Bimbinglah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya ALLAH…
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kekhilafan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku salah membuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat Mu
Sekiranya aku Ingkar dan dUrhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu
Ya ALLAH…
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya ALLAH…
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah Hanya pada Mu,
Ya ALLAH…
Ku mohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan kehendak Mu
Kerana aku sedar hinanya akuKerana aku insan lemah yang kerap keliruKerana aku lena dengan keindahan dunia MuKerana kurang kesabaran ku dalam taat kepada MuKerana pendek akal ku mengarungi ujian Mu

Ya ALLAH Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbal’alamin…      

No comments:

Post a Comment